Pages

Sunday, May 26, 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi

Walaupun dah berkali2 di ingtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.


Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.


Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.


Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.


Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

Dah habis baca, jgn lupa kongsi info ni ye.. Sama2 kita sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut baby

Saturday, December 3, 2011

Awas tempias bersin!

Jangkitan virus influenza, ada kalanya dikenali sebagai "flu", sangat mudah berlaku dan menyebabkan gejala umum seperti demam, sakit kepala dan sengal otot, serta hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair dan batuk. Pada masa dahulu, masyarakat di negara tropika dan subtropika menganggap influenza hanya berlaku di negara barat yang beriklim lebih sejuk.

Bagaimanapun, sistem pemantauan influenza di Malaysia dan negara jiran sentiasa menunjukkan bahawa influenza adalah punca utama penyakit di kalangan kanak-kanak. Sejak virus influenza yang biasanya terdapat dalam burung (A/H5N1) menjangkiti manusia di Asia Timur pada 1997, kerajaan telah menambah baik dan meluaskan pemantauan. Selain mengenal pasti virus jenis baru yang boleh menyebabkan wabak global yang serius, sistem pemantauan ini memberi maklumat yang berharga tentang siapa yang mendapat influenza dan bila jangkitan paling banyak berlaku. Di Malaysia, jangkitan influenza berlaku sepanjang tahun dan memuncak antara Mei-Jun dan Ogos-September. Pengetahuan ini boleh membantu pihak berkuasa kesihatan dan doktor anda membuat keputusan yang lebih baik untuk mencegah influenza menerusi pemvaksinan dan untuk merawat jangkitan influenza di kalangan kanak-kanak yang lebih berisiko mengalami komplikasi serius.

Kita perlu mengubah tanggapan umum bahawa influenza bukan penyakit biasa dan bukan pula penyakit teruk. Virus influenza sentiasa tersebar di seluruh dunia, menyebabkan berjuta-juta orang jatuh sakit dan kerugian ekonomi yang sangat besar, terutamanya dari segi kehilangan hari kerja dan sekolah, dan berjuta-juta kunjungan ke klinik. Dalam selang waktu yang tidak dapat diramalkan, virus influenza jenis baru boleh muncul, menyebabkan kebanyakan orang tidak mempunyai pelalaian untuk melindungi diri daripada ancamannya. Ini boleh mengakibatkan wabak global, seperti yang berlaku pada 2009 apabila virus influenza H1N1 muncul. Setakat Ogos 2010, lebih 214 negara telah diserang wabak H1N1, dengan lebih 18,449 kematian dilaporkan. Di Malaysia sahaja, sehingga bulan Mei 2010, sebanyak 14,772 kes H1N1 disahkan dengan 87 kematian dilaporkan.
Amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan kerap, menutup mulut apabila bersin dan batuk, dan tidak keluar rumah apabila merasa tidak sihat, boleh membantu mengurang penyebaran influenza. Bagaimanapun, pada hakikatnya, tabiat ini sukar diamalkan, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak dan dalam keadaan sesak. Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan influenza ialah dengan pemvaksinan tahunan.

Tempias bersin
Sebab utama influenza sangat mudah berjangkit ialah kerana ia boleh tersebar daripada seorang kepada seorang menerusi tempias daripada mulut apabila seseorang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Tempias virus dalam udara boleh menjangkiti orang yang menyedut udara ini. Virus influenza boleh juga tersebar apabila seseorang menyentuh permukaan atau objek yang tercemar.
Anda boleh menyebarkan influenza sebelum anda sendiri menyedari anda dijangkiti, kerana manusia boleh menjangkitkan virus ini kepada orang lain bermula satu hari sebelum penyakit ini menunjukkan gejalanya. Orang yang dijangkiti boleh terus menjangkitkan virus ini kepada orang lain sehingga 5 hari selepas mereka jatuh sakit, iaitu apabila mereka mula menunjukkan gejala penyakit. Kanak-kanak yang dijangkiti influenza selalunya mengalami gejala gastrousus seperti loya, muntah dan juga cirit-birit.

Menjauhkan masalah
Jika dibiarkan dan tidak dikawal, virus influenza sering menyebabkan wabak di rumah, sekolah dan dalam masyarakat. Pemvaksinan adalah langkah paling penting yang anda boleh ambil untuk mencegah jangkitan influenza. Disebabkan virus sentiasa berubah, vaksin influenza sentiasa dikemas kini untuk memastikan perlindungan daripada jenis virus yang sedang tersebar. Terdapat juga virus jenis utara dan jenis selatan, merujuk kepada wabak yang berlaku semasa musim sejuk di kedua-dua hemisfera. Inilah juga sebabnya kita perlu mengambil vaksin influenza setiap tahun. Vaksin influenza paling baru bagi 2010-2011 melindungi kita daripada tiga jenis virus – influenza A (H3N2 dan H1N1) dan influenza B – jenis yang paling biasa tersebar.
Tahukah anda bahawa jangkitan influenza juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang serius?

sumber: Utusan Malaysia

Saturday, February 5, 2011

Awas agen perosak hormon

Hamidi ialah seorang perokok tegar. Dalam sehari dia merokok sebanyak paling kurang 30 batang. Sejak beberapa bulan lalu Hamidi mencuba untuk berhenti merokok. Sejak itu berat badannya meningkat sebanyak 15 kilogram. Hamidi berasa hairan. Dia cuba berdiet dan mengamalkan senaman bagi menurunkan berat badannya namun tidak berjaya. Lalu Hamidi datang berjumpa saya bagi menyelesaikan masalahnya. Dia takut lama kelamaan dia akan dihinggapi penyakit kronik dan pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan obesiti. Menurut Hamidi, seorang sahabatnya sudah terkena kanser. Beliau sangat sedih melihat penderitaan sahabatnya itu. Justeru dia bertekad meneruskan misinya untuk berhenti merokok.

Normah pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Seorang jirannya menyuruh Normah mencuba sejenis jamu tradisional yang diimport dari Thailand. Menurut sahabatnya jamu itu boleh membantu mencantikkan kulit. Setelah hampir sebulan mengamalkannya Normah berhenti kerana sukar mendapat bekalan dari pembekal. Anehnya setelah beberapa bulan menghentikan jamu, badan Normah pula menjadi semakin berisi. Pada mulanya Normah tidak mengesyaki ada sebarang kaitan di antara pemakanan jamu dan kenaikan berat badannya. Ini kerana ramai kawannya berjaya menjadi kurus dengan mengamalkan jamu tersebut.

Namun setelah saya menerangkan kepadanya bahawa terdapat banyak agen yang merosakkan hormon kita barulah Normah percaya akan kaitannya. Saya memberitahunya kadar kerosakan hormon tidak sama di kalangan individu. Kilang hormon di dalam badan kita bagaikan sebuah mesin yang aktif bekerja. Kehadiran bahan lain boleh mengganggu kelancarannya.
Tanpa disedari kita terdedah kepada ancaman agen perosak hormon. Kewujudan agen ini di dalam makanan, kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lain lain menyebabkan kita tidak dapat lari daripada masalah kerosakan hormon. Kelenjar hormon sangat sensitif dan mudah rosak.
Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serius maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.
Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stres. Hormon yang tidak cukup menjejaskan perasaan menjadikan seseorang mudah marah dan berasa tertekan.

Kerosakan sistem tubuh disebabkan agen perosak hormon sangat berleluasa. Ia boleh dijumpai di dalam makanan, air minuman dan bahan kosmetik yang kita gunakan seharian. Pada peringkat awal pengguna tidak merasa bahananya kerana ia bertindak seakan-akan estrogen namun lama kelamaan fungsi hormon mula merosot. Bayi di dalam kandungan mudah sekali terkena bahaya ini. Apabila lahir bayi berkembang menjadi orang dewasa yang merosot fungsi hormon dalam tubuhnya.
- Nonylphenol merupakan bahan yang terkandung di dalam pencuci, racun serangga dan bahan plastik.
- Phthalates merupakan bahan yang dicampur di dalam PVC. PVC banyak digunakan di dalam pembuatan permainan kanak kanak dan perabot.
- Dioxins PCB's (polychlorinated biphenyls) bahan insulator.
- DDT (pembunuh jentik jentik)
- PBDEs (polybrominated diethyl ethers).
- Logam berat seperti plumbum cadmium.
- Plant oestrogens, meskipun merupakan bahan semulajadi dalam tumbuh tumbuhan tetap merosakkan fungsi hormon.

Sememangnya amat sukar bagi kita mengelakkan daripada bahan-bahan ini kerana kewujudannya sangat berleluasa sekali di dalam alam sekitar. Namun pengetahuan berkaitan agen perosak hormon sangat penting terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri seumpama ini.
Kelenjar hormon bolehlah diibaratkan sebagai sebuah kilang yang aktif. Apabila terkena agen perosak maka kilang juga menjadi perlahan dan kapasitinya akan merosot. Apabila kita mengukur paras hormon dalam darah kita akan mendapat keputusan yang sangat rendah. Rawatan pemulihan hormon boleh dilaksanakan dengan penggunaan hormon bioidentical

Apabila seseorang menggunakan hormon bioidentical darah nya akan mempunyai kadar hormon yang tinggi. Kilang-kilang yang terlalu aktif tadi mula berehat. Tempoh rehat ini sangat penting bagi proses baik pulih kelenjar hormon. Bila kelenjar hormon pulih kembali maka penghasilan hormon adalah lebih baik dan penyembuhan mula terjadi. Proses penyembuhan menjadikan seseorang kelihatan lebih muda, lebih cergas, meningkatkan kualiti struktur kulit serta menjadikan seseorang tampak lebih segar. Ingatan juga menjadi semakin kuat malahan mata juga semakin pulih dan kelihatan menarik.

Jangkamasa rawatan adalah di antara tiga bulan sehingga beberapa tahun bergantung kepada tahap kemerosotan hormon seseorang. Seseorang yang sembuh dari kerosakan hormon akan mendapat manfaat yang baik hasil penyembuhan ini. Dia akan berasa bertenaga seolah olah muda semula. Hati juga berasa riang dan tenang serta tahap kesihatan nya turut menjadi lebih baik lagi. Bentuk badan juga akan berubah di mana dia akan tampak lebih segak dan tampan.

Sumber: Utusan Online

Friday, January 14, 2011

Risiko sakit jantung bagi penonton TV

MENGHABISKAN masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan mati awal, walaupun individu tersebut dari kategori yang rajin bersenam. Itu adalah penemuan yang diperoleh dari Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011. Data menunjukkan, berbanding dengan individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali.
Penyelidikan tersebut merupakan julung kali dibuat dan ia mengaitkan masa menonton televisyen dan risiko maut akibat kardiovaskular.  Kajian ini juga mencadangkan faktor metabolik dan keradangan berkait dengan tabiat duduk lama dan risiko kesihatan jantung. "Orang yang menghabiskan masa berlebihan di depan skrin seperti menonton televisyen akan mempunyai kebarangkalian untuk mati secara tiba-tiba dan menderita masalah berkaitan kesihatan jantung.  "Analisis kami juga mencadangkan mereka yang menghabiskan masa dua jam ke atas setiap hari di depan skrin meletakkan dirinya berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung," ujar Dr. Emmanuel Stamatakis, dari Jabatan Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Kolej Universiti London, United Kingdom. Malah risiko kematian bagi mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton skrin hiburan meningkatkan sebanyak 125 peratus, berbanding 48 peratus bagi mereka yang cuma menghabiskan masa kurang dua di depan televisyen.  Tabiat tersebut meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan tekanan darah tinggi, Indeks Jisim Badan (BMI) dan penyakit-penyakit berkaitan merokok.
Penemuan ini turut mencadangkan pengamal kesihatan awam membuat garis panduan dengan menganjurkan gerakan-gerakan senaman ringkas dan cara duduk yang betul terutama pada individu berumur dan menghabiskan banyak masa secara tidak aktif. Antaranya seperti membongkok di bawah meja atau komputer. "Ini sebenarnya tentang tabiat. Kita macam sudah diprogram, balik rumah terus tekan suis televisyen dan duduk sehingga berjam-jam lamanya. Memanglah ia satu perkara yang seronok dan senang dibuat, tapi ketahuilah dengan tabiat seperti itu memburukkan kesihatan jantung dan kesihatan anda secara keseluruhannya," ujar Dr. Stamatakis. Satu lagi penemuan hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal tersebut ialah, duduk dalam masa yang lama akan mempengaruhi tubuh badan manusia sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek.  Penyelidik juga akan mencari formula bagaimana untuk mengubah suai kehidupan demi mengurangkan masa duduk dan meningkat pergerakan dan senaman.  Secara umumnya, kajian tersebut telah melibatkan seramai 4,512 orang dewasa yang juga merupakan responden daripada Kajian Kesihatan Scotland 2003. Sejak tahun tersebut sejumlah 325 kematian daripada pelbagai punca dan 215 penyakit berkaitan jantung terjadi sepanjang tempoh purata 4.3 tahun kaji selidik. Waktu menonton yang diukur dalam kajian ini termasuk mereka yang suka menonton DVD/TV, permainan video dan termasuk menggunakan komputer untuk tujuan berhibur.

Sumber: Utusan Malaysia

Monday, December 6, 2010

Khasiat Pegaga

Penerangan

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kegunaan
 
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Antara khasiat pegaga adalah:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin

Friday, October 1, 2010

Tips Menjaga Mata

Untuk membuat mata anda tetap sehat dan dapat melihat sesuatu dengan jelas dan jernih baik untuk jarak jauh maupun dekat sebaiknya melakukan hal-hal berikut ini :
1. Menonton Televisi Jangan Terlalu Dekat
Jarak yang aman untuk menonton television kalau tidak salah 2 meter untuk tv ukuran 14 inci. Untuk layar yang lebih lebar automatis jaraknya lebih jauh. Menonton layar pun sebaiknya mengambil kursi yang paling belakang.
2. Bekerja / Bermain Komputer Jangan Terlalu Lama
Biasakan memberi waktu dalam beraktiviti di depan layar komputer. Misalnya setiap 15 atau 30 minit sekali beristirahat melihat yang jauh-jauh selama lima sampai sepuluh minit agar mata tidak selalu dalam keadaan tegang karena melihat layar dengan jarak yang sangat dekat.
3. Bermain Video Game Jangan Terlalu Dekat
Anak-anak jaman sekarang banyak yang cuek terhadap kesehatan mata. Ini dapat kita lihat dengan banyak yang main ps / playstation atau vido game sejenis lainnya dekat dengan layar tv. Sebaiknya biasakan marahi anak yang bermain game terlalu dekat. Jaraknya mirip dengan point nombor 1 di atas.
4. Membaca Buku
Jarak yang aman membaca buku adalah 30 cm. Bila terlalu dekat dapat membuat mata tegang dan mengakibatkan rabun jauh dalam jangka panjang. Membaca buku juga tidak boleh sambil tiduran. Penerangan pun juga harus cukup misalnya dengan lampu neon yang terang. Dengan demikian kesihatan mata akan tetap terjaga.
5. Hindari Debu Dan Pencemaran
Bagi anda yang sering beraktiviti di jalan raya seperti polis dan lain sebagainya sebaiknya menggunakan pelindung mata seperti kacamata dan topi keselamatan yang berkaca. Hindari debu yang masuk ke mata kerana boleh membuat mata jadi jangkitan dan membuat mata menjadi katarak.
6. Makan Makanan Bergizi, Berserat dan Bervitamin A
Mata butuh asupan zat-zat yang bergizi serta vitamin yang cukup agar dapat menjaga kondisi tetap fit. Biasakan memakan makanan yang berserat dan memiliki kandungan gizi yang cukup. Anda juga dapat mengkonsumsi suplemen atau mekanan yang mengandung vitamin A eperti wortel, alpukat, tomat, pepaya, dan lain sebagainya.
Jagalah kesehatan mata anda agar anda tidak tersiksa karena harus memakai kacamata terus-menerus. Dengan mata yang sehat anda punya banyak peluang untuk tembus tes-tes kesehatan yang mengharuskan mata anda sehat walafiat. Hubungi dokter setiap anda punya masalah dengan mata. Selamat mencoba.

Khas untuk perempuan

Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat Subuh. Jangan tidur di siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun
yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan
bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan mengangkang.

Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk
tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta dari izin ibubapa. Pakai pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.